Rabu, 3 Disember 2008

CERITA FIRA...


Firstly fira nak ucap terima kasih untuk auntie AZIE yang sudi melawat blog fira dan idea2 'bernasnya' ( bahasa papa )...blog auntie juga pencetus untuk fira terus menulis...terima kasih....

Hari ni fira dengan adik ejja kurang sihat...baru kena demam...tapi tak pergi klinik atau hospital pun sebab mama je yang rawat dan bagi ubat...mama dah biasa bagi ubat ikut dos yang betul...kat rumah fira ni ada macam2 jenis ubat termasuk lah jarum untuk ambil darah, thermometer dan kadang2 mama bawa balik stethoscope...fira pun dah tahu serba sedikit pasal ubat ni...mama kira tempat rujukan jika family fira termasuk mak tok dan abah sakit...almaklum la...

Minggu ni minggu sibuk bekerja bagi papa dengan mama, so tak dapatlah nak kemana pun... bila papa tak sibuk je selalu lah papa bawa family pergi shopping atau makan2...kalau pasal makan ni papa mama asal makanan kat situ sedap je mesti sampai.....papa mama paling suka makanan laut terutama ikan bakar kat Umbai Melaka...kalau tak keluar dari KL, setiap minggu papa bawa makan kat DOME, SOUL OUT atau Restoran SUSHI KING...FRY SET kat sushi king tu sedap....mak tok dengan abah pun suka....fira belajar pakai chop stick selain dari papa mama... mak tok dengan abah...memang laju je fira tgk masa makan...mak tok cerita pengalaman chop stick masa mak tok pergi bercuti kat Vietnam dulu....masa tu fira kecil lagi... mak tok dengan abah ni memang suka melancong...paling best jadual setiap hari minggu fira dan mama dapat main salji kat Genting Highland...sejuk 3c...papa?? kat luar dengan adik...kata papa, dia dah bosan dengan salji...masa dengan mama dulu...entah...

Sekarang ni papa mama tengah sibuk pasal rumah yang baru di beli kat AMBANGAN HEIGHT tu...papa pernah tunjuk gambar rumah tu besar ada 5 bilik...ada tanah keliling rumah...harga pun ok kata papa...lepas ni boleh la papa mama tanam pokok Orkid yang dah memang jadi idaman mereka...terutama papa...sanggup pergi Cameron Highlang semata pokok Orkid...lagi satu papa ni boleh melukis watak karikator...kelebihan papa...kelebihan mama merawat orang sakit...kelebihan fira dan adik ejja???? hehehe...

Sampai sini dulu dari fira..

Tiada ulasan: